Perancis resah lawan Austria

Paris: Krisis kecederaan terus menghantui Perancis selepas Lucas Digne menjadi pemain terbaru menarik diri daripada skuad yang akan menentang Austria dan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara minggu ini.

Jurulatih Didier Deschamps sudah pun kehilangan Paul Pogba, N’Golo Kante, Karim Benzema, Lucas Hernandez dan Kingsley Coman sebelum Hugo Lloris serta Theo Hernandez turut tersisih kelmarin.

Penjaga gol Tottenham Hostpur, Lloris menarik diri daripada menyertai skuad Perancis selepas kecederaan paha dan digantikan pemain Nantes, Alban Lafont manakala pertahanan kiri AC Milan, Hernandez mengalami kecederaan otot.

Kini Digne yang disenaraikan untuk menggantikan Hernandez turut tidak bernasib baik selepas pertahanan Aston Villa itu mengalami kecederaan buku lali.



Pemain Rennes, Adrien Truffert dipanggil untuk menggantikan Digne sekaligus berpeluang meraih kap pertamanya bersama Perancis.

Skuad Deschamps kurang menyerlah dalam saingan kumpulan Liga Negara-Negara setakat ini.

Mereka menduduki tangga terakhir Kumpulan 1 Liga A dengan hanya dua mata daripada empat perlawanan dan berdepan prospek penyingkiran.

Perancis akan menentang Austria pada awal pagi Jumaat ini sebelum berkunjung ke Copenhagen menentang Denmark pada awal pagi Isnin.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker