Noorkhiriah Urus Jenazah Secara Percuma ‘Akak Perlukan Adalah Doa’

Pastinya ramai sudah mengetahui mengenai pelakon, Noorkhiriah yang sedang giat menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma dibawah satu pertubuhan yang bernama Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang dilakukannya bersama suami tercinta, Azfaizul Ahtan.

Inisiatif yang dilakukan Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie mendapat pujian ramai pihak yang begitu kagum dengan kebaikan yang ditunjukkan pelakon drama Nur itu.

Tidak minta pujian

 

Walau bagaimanapun, Noorkhiriah berharap agar orang ramai tidak terus menerus meninggalkan kata-kata pujian terhadap inisiatif baiknya itu.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, Noorkhiriah mendedahkan bahawa dia berasa serba salah apabila menerima kata pujian daripada warganet setiap kali memuat naik perkongsian mengenai pengurusan jenazah yang dilakukannya dan suami.



Assalamualaikum. Kadang-kadang terbit serba salah bila tiap kali akak post tentang pengurusan jenazah. Mohon jangan dipuji usaha ini. Semua, suami dan team akak yang uruskan.

Tugasan akak cuma menguar-uarkan sebab mungkin ada yang belum tahu mengenai Pertubuhan Amal Nur by Khiriah ini percuma buat semua.

Sebaliknya, Noorkhiriah hanya meminta agar wargamaya hanya mendoakan agar segala urusan dan inisiatif yang diusahakannya dan suami sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Dalam masa yang sama, Noorkhiriah begitu bersyukur dengan bantuan yang diberikan kepadanya untuk terus menyediakan perkhidmatan jenazah secara percuma tanpa perlu mengenakan bayaran kepada ahli keluarga yang terlibat.

Terdahulu, Noorkhiriah menguar-uarkan kerja amal pengurusan jenazah secara percuma yang diusahakannya bersama suami menerusi Instagram (IG).

Video

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

 

Sumber: Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker