Polis Thailand terus cari ejen kosmetik, tiada petunjuk baharu

TUMPAT: Memasuki hari kesembilan kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, polis Thailand masih meneruskan operasi mencari walaupun tidak menemui sebarang petunjuk baharu.

Menurut sumber, risikan masih dijalankan dengan susulan serbuan di semua lokasi yang dirasakan ada kaitan dengan kes terbabit.

“Operasi mencari mangsa tidak berhenti dan kami masih menjalankan risikan berdasarkan perkongsian maklumat yang diperoleh daripada pihak berkuasa Malaysia.

“Serbuan demi serbuan sudah dijalankan, namun tidak menemukan sebarang petunjuk baharu,” katanya kepada BH.



Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa minggu lalu, mangsa yang berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami mangsa dan seorang wanita, berusia 35 tahun hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker