Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas gudang runtuh di Brazil

Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas gudang runtuh di Brazil

Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas gudang runtuh di Brazil
nsiden berlaku berhampiran bandar Sao Paulo, Brazil. – Foto AGENSI

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas sebahagian daripada sebuah gudang berhampiran bandar Sao Paulo, Brazil runtuh, semalam.

Kejadian itu juga berlaku ketika dua calon Kongres, Jones Donizette dan Ely Santos sedang melawat syarikat kontena Brazil Multiteiner apabila sebahagian daripada struktur konkrit di dalam gudang itu runtuh menimpa mereka dan pekerja syarikat.

Donizette dalam hantaran di laman sosialnya berkata, beliau dan Santos kedua-duanya telah diselamatkan, tetapi jabatan bomba tempatan menyatakan sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam runtuhan itu.



Jabatan bomba berkata, 31 orang telah diselamatkan dan 28 daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan.

Namun, jurucakap pasukan itu yakin masih terdapat lebih ramai orang yang terperangkap di bawah serpihan. – REUTERS

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Sekurang-kurangnya sembilan maut selepas gudang runtuh di Brazil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker