Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Hanya selepas 2 majlis pelancaran jentera Barisan Nasional yang jelas menunjukkan Ismail Sabri sudah mula kembali kepada parti, Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin sudah koyak.

Hilang ‘cool’ yang selama ini cuba ditonjolkan oleh Muhyiddin Yasin.

Secara tidak semena-mena beliau mengeluarkan kenyataan yang menyerang Perdana Menteri, Ismail Sabri.



Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/19/elok-adakan-pru15-jika-pm-gagal-urus-ekonomi-dan-negara-kata-muhyiddin/

Penulis ada mengulas mengenai serangan Muhyiddin ke atas Ismail Sabri semalam.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/09/20/usaha-muhyiddin-cuci-tangan-dengan-menyalahkan-ismail-sabri-dalam-masalah-ekonomi/

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa Muhyiddin koyak teruk bila melihat Ismail Sabri sudah mula menunjukkan tanda kembali kepada parti.

Isyarat Parlimen Akan Di Bubarkan

Maklumat terbaru yang penulis terima ialah mesyuarat kainet yang diadakan hari ini (Rabu) akan memaklumkan kepada jemaah menteri bahawa parlimen akan dibubarkan.

Di laporkan Ismail Sabri hanya akan memaklumkan dan bukannya meminta persetujuan dari jemaah menteri untuk mengadap YDP Agong bagi memohon supaya parlimen dibubarkan.

Sekiranya maklumat yang penulis terima ini betul, maka ini bermakna, PRU 15 sudah semakin hampir, cuma menunggu perkenan dari YDP Agong agar parlimen dibubarkan.

Perkara ini sudah tentu akan meresahkan ahli politik dari Perikatan Nasional, terutamanya dari PPBM.

Mungkin PAS boleh menerima berita pembubaran kabinet dengan hati terbuka kerana sudah terbukti PAS mempunyai jentera pilihanraya yang agak tersusun di peringkat akar umbi.

Berbeza dengan PPBM, mereka mengharapkan sepenuhnya kepada jentera PAS untuk membantu mereka.

Ini tidak dapat dinafikan dan sudah terbukti dalam PRN Melaka dan PRN Johor.

Malah Muhyiddin sendiri masih tercari-cari parlimen yang selamat untuk beliau bertanding dalam PRU 15.

Ini adalah kerana sekiranya beliau cuba mempertahankan parlimen Pagoh, peluang untuk beliau menang adalah sangat tipis.

Ismail Sabri Sudah Berjaya Melepaskan Diri Dari Cengkaman Muhyiddin

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa selama ini Ismail Sabri dilihat hanya menjadi boneka kepada Muhyiddin Yasin.

Ismail Sabri tidak mempunyai kebebasan untuk mentadbir kerajaan mengikut acuan beliau sendiri.

Antara beberapa perkara yang jelas menunjukkan Ismail Sabri hanya diperalatkan oleh Muhyiddin ialah:

  • Mengekalkan jemaah menteri yang sudah terbukti gagal di era Muhyiddin
  • Tidak meluluskan i-Citra (pada mulanya)
  • Menangguhkan pembubaran parlimen walau pun didesak UMNO

Penulis tidak pasti, tetapi mungkin Ismail Sabri dijanjikan sokongan untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri ketika sebelum dan selepas PRU 15.

Namun apabila presiden PAS, Hadi Awang secara terbuka menyatakan Perdana Menteri pilihan Perikatan Nasional ialah Muhyiddin, Ismail Sabri ibarat tersedar dari mimpi indah.

Ini membuatkan beliau bertindak bertentangan dengan kehendak Muhyiddin.

Perkara inilah yang membuatkan Muhyiddin marah lalu melakukan serangan kepada Ismail Sabri.

Walaubagaimanapun, tahniah dan terima kasih kepada Ismail Sabri yang kini sudah mula kembali kepada parti.

Lebih manis sekiranya Ismail Sabri membuat pengakuan dan meminta maaf, kepada ahli MKT UMNO pada mesyuarat MKT UMNO 30 September ini.

Akar umbi sudah pasti boleh menerima semula Ismail Sabri kerana mereka faham apa yang sebenarnya berlaku.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak pernah bergelora, manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan.

Namun atas semangat perjuangan UMNO, demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air, pastikan selepas biduk berlalu, kiambang akan bertaut semula.

 

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker