1,445 kemalangan Op Selamat 19 hari kelima

1,445 kemalangan Op Selamat 19 hari kelima

1,445 kemalangan Op Selamat 19 hari kelima
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan pada hari kelima Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,724 kenderaan terbabit.

Beliau berkata, berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya mencatatkan 1,310 kereta, kenderaan pacuan empat roda (230), motosikal (144), lori (17), bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan ambulans (satu).



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi JSPT menggunakan pendekatan “Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya” dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

“Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan jalan raya, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya d isamping mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

“Kita juga memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang menjadi penyumbang utama kes kemalangan maut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tumpuan lokasi advokasi adalah di stesen-stesen minyak, kawasan rehat dan rawat (R&R), restoran dan pusat membeli belah.



“PDRM menasihati semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan jadilah pemandu berhemah serta tidak mementingkan diri sendiri.

“Sentiasalah mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan perkara tidak diingini,” katanya.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

1,445 kemalangan Op Selamat 19 hari kelima


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker