MAGERAN, Mahathir Tawar Diri Untuk Kepentingan Siapa?

MAGERAN, Mahathir Tawar Diri Untuk Siapa?
Tun Dr Mahathir

 

Cadangan Tun Mahathir untuk menubuhkan MAGERAN dan menawar diri mengetuainya menimbulkan persoalan spekulasi.

Untuk kepentingan siapa sehingga beliau mencadangkan MAGERAN semasa mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong?

YDPA telah memanggil semua ketua parti politik mengadap Baginda di Istana Negara mengikut jadual yang ditetapkan bermula semalam.

Menurut Mahathir, cadangan MAGERAN untuk dilaksanakan mestilah merujuk cara gerak kerja Perdana Menteri Ke-2 Allahyarham Tun Razak.



Mahathir tanpa berselindung menawarkan diri untuk menggepalai MAGERAN dengan kuasa diberikan kepadanya untuk menjalankan tugas.

 

Menteri Daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dalam Kabinet Malaysia

 

Dengan hanya berbekalkan ‘Idea’ parti Pejuang (Parti yang masih belum lulus pendaftaran), ramai akan mempertikaikan cara penyelasaian ‘ala Mahathir’.

Belum lulus – https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/ros-tolak-parti-muda-pejuang-kerana-permohonan-tidak-teratur/

Rakyat menilai sepanjang 22 bulan penguasaan Mahathir dalam Pakatan Harapan yang bergelut dengan pelbagai masalah.



Rakyat menjangkakan lebih banyak masalah akan datang sekiranya beliau diberikan kuasa lagi sekali.

Sebenarnya apa agenda Mahathir mencadangkan MAGERAN? Itu skop yang perlu diperjelaskan kepada rakyat jika beliau tidak berkepentingan politik.

 

 

Bagaimanapun dengan kegagalan Mahathir mengawal pandemik covid19 ketika akhir 2019 mencalarkan reputasi kononnya Pejuang ada idea untuk mengawal covid19.

“Darurat” Kesihatan yang dikuatkuasakan sekarang akan tamat pada 1 Ogos 2021.

Namun melihat kepada perkembangan sekarang, adalah lebih baik kerajaan sekarang dibenarkan mentadbir urus negara sehingga benar-benar berjaya mengawal covid19.

Jadi tiada keperluan untuk Mahathir mencadangkan MAGERAN bagi menggantikan “Darurat Kesihatan”.

Tambahan lagi, Mahathir kini tidak popular malah ramai rakyat menyimpan ‘kebencian’ terhadapnya kerana kejayaan Pakatan Harapan ‘mengencing’ mereka pada 2018 – 2020.

Perlu diingatkan, Parti yang  Mahathir tubuhkan belum lagi menjadi parti politik yang sah.

Kedudukan mereka dalam Dewan Rakyat masih lagi Ahli Parlimen Bebas selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Mahathir Punca Segalanya

 

CADANGAN MAGERAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker