Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

"Sering Cipta Lagu Dan Lirik Untuk Saya Nyanyikan Sendiri,"



Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

Penyanyi popular, Ayda Jebat tidak menolak peluang sekiranya ada penyanyi lain yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, dia juga mahu meneroka cabaran baru untuk berbuat demikian selepas pernah mencipta beberapa buah lagu yang dinyanyikan sendiri.

Antaranya Tak Bisa Lepas, Mana Ada Hati, Nakal Nakal Nakal, Parah Parah dan banyak lagi.

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

“Saya sering mencipta lagu dan lirik untuk saya nyanyikan sendiri. Kadang-kadang lagu itu dicipta bersama komposer lain, kadang-kadang saya menciptanya sendirian. Saya pernah juga mencipta lagu kempen untuk dinyanyikan oleh saya bersama penyanyi lain.

“Jika ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya, mungkin saya akan pertimbangkan. Tak salah untuk saya mencuba dan menambah ilmu. Saya sendiri mahu belajar banyak perkara dalam bidang muzik dan salah satunya menerusi cabang penciptaan lagu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayda, 30, ditemui di majlis pelancaran Malaysia Boleh bersama Milo di Dataran Merdeka ketika sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

Baru saja melancarkan single baharu berjudul Kitalah Juara sempena sambutan Hari Malaysia, lagu terbabit dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.

“Lagu ini saya cipta dalam masa dua hari sahaja dan dibuat khas untuk Milo. Saya gembira dapat mencipta lagu ini kerana ia dapat menyerlah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan disampaikan oleh penyanyi berbeza bangsa.

“Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Sebagai penggemar MILO sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui,” katanya.

Terdahulu, kempen bulan kebangsaan anjuran MILO, #MalaysiaBolehBersamaMILO di Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia yang paling bertenaga.

Bermula hujung Ogos lalu, kempen berkenaan berjaya menyatupadukan rakyat di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO.

Pelepasan Larian Malaysia Boleh Bersama MILO telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara yang juga duta MILO® HI-FIBRE.

Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.

RITA RUDAINI ‘SOUND’ RIDER LAGI

Ayda Jebat Terbuka Buat Lagu Untuk Penyanyi Lain

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker