Hasrat lima graduan hadiri majlis konvokesyen bertukar tragedi

HULU SELANGOR : Perjalanan lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk menghadiri majlis konvokesyen bertukar tragedi apabila terbabit kemalangan di Kilometer 396 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, seorang daripadanya parah manakala empat lagi cedera ringan.

Kesemua mangsa adalah wanita berusia 21 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.



Menurutnya, sepasukan 12 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dinaiki lima wanita telah terbabas melanggar penghadang jalan.

“Akibat kemalangan itu, seorang mangsa tersepit di bahagian hadapan. Pihak bomba kemudian menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker