Majlis Peguam sepatut dibubar, terlalu jelas berpihak dan pendirian tidak konsisten

Oleh Adam Malik

Banyak pesoalan muncul sejak kebelakangan ini berkaitan pendirian Majlis Peguam terhadap banyak perkara yang terjadi didalam negara.

Pendirian Majlis Peguam bukan lagi bersandarkan keluhuran undang2 tetapi lebih kepada pendiran politik kepartian terutama nya Pakatan Harapan.

Paling ketara apabila banyak perkara berlaku terhadap orang kena naya Datuk Seri Najib, Majlis Peguam bukan lah badan yang boleh diharapkan kerana mereka berpendirian seperti PH juga.

Majlis Peguam tidak asingkan diri tetapi berpihak terlalu ketara.

Mereka masuk campur terhadap hakim Datuk Supian tetapi berdiam diri apabila membabitkan “Conflict of Interest” terhadap Hakim Nazlan.

Ketika Hakim Nazlan terdedah terkait menerima rasuah , Majlis Peguam sanggup buat demo “Walk for Justice” demi menghalang Nazlan dari di togelkan dalam mahkamah sebagai penerima rasuah lalu berkemungkinan terbebaslah Datuk Seri Najb Razak.

Majlis Peguam sanggup permainkan terma “Separation of Powers” (Pengasingan kuasa) untuk memperbodohkan rakyat demi ketakutan terdedah Hakim terima rasuah.

Kepada Majlis Peguam terma “SoP”  itu hak mereka sedangkan kes bukan sebab “SoP” tetapi kerana hakim jelas menerima rasuah.

Namun, amalan “SoP” cuba dilanggari oleh Majlis Peguam apabila berkaitan kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong dalam hal pengampunan.

Datuk Zaid Ibrahim persoal kenapa Majlis Peguam begitu kurang ajar kepada YDPA dalam hal kuasa pengampunan, sedangkan Majlis Peguam tidak boleh diganggu dalam hak “SoP’  kehakiman.

Majis Raja Raja harus buka mata berkenaan ini dimana pihak lain tidak boleh cabul hak kehakiman, tetapi pihak Majlis Peguam seolah olah mahu mencabul kuasa mutlak YDPA

Sudah tiba masanya semua in harus di fikirkan supaya pihak seperti BERSIH dan Majlis Peguam tidak lagi boleh cabul hak sesuka hati mereka.

Dibawah ini senarai yang kami perolehi dari MEDSOS berkenaan kepincangan membabitkan undang2 oleh kerajaan PH yang kendapat sokongan dari Majlis Peguam.

 

  1. Majlis Penasihat Kerajaan mereka minta Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu untuk meletak jawatan dan kemudiannya masukkan Ketua Hakim yang menyokong PH selepas dicadangkan oleh Lim Kit Siang. Yang paling bagusnya Majlis Penasihat Kerajaan ni, salah seorang anggotanya adalah seorang wanita yang diakui oleh Peguam Negara bahawa dia bantu Jho Low untuk sakau atau curi duit 1MDB dan keluarga wanita itu terima hampir RM700 juta dari Jho Low. Wanita yang sama ini juga turut dilantik kerajaan PH jadi pengerusi PNB yang mengendali dana bernilai RM330 bilion.

 

  1. Mereka singkir Peguam Negara dan gantikan dengan Tommy Thomas yang cenderung kepada PH, itu juga dicadangkan oleh Lim Kit Siang. Selepas itu, Peguam Negara ini lantik pula rakan sekutu Mahathir dan peguam Guan Eng sebagai Timbalan Pendakwaraya.

 

  1. Mereka lantik orang PKR paling senior sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

 

  1. Kemudian, diletakkan pula individu pro-PH, Art Harun (Azhar Harun) sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Abangnya pula dilantik sebagai Peguam negara untuk gantikan Tommy manakala Art Harun dilantik sebagai Speaker.

 

  1. Mereka letakkan pemimpin senior Parti Amanah sebagai Speaker di Parlimen. Dua timbalannya adalah dari DAP dan PKR.

 

  1. Selepas dilantik, mereka gugurkan semua kes terhadap pemimpin PH, termasuk kes yang sudah dibicarakan di mahkamah seperti kes rasuah banglo Guan Eng dan kes Rafizi yang sudah masuk kes pembelaan. Malah, kes Wan Azizah dan PKR yang diperintah bayar RM2 juta kerana memfitnah FELDA turut dapat diskaun hingga RM70,000 sahaja, iaitu 96.5% diskaun.

 Yang paling mengagumkan, individu yang masih dibicarakan kerana RASUAH turut dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk mengendalikan duit kita.

 Pada masa itu, mana suara Majlis Peguam dan BERSIH?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker