Murid pakai jaket dalam kelas bongkar rahsia didera



Sungai Petani: Curiga seorang guru sebuah sekolah di sini terhadap murid Tahun Satu yang memakai jaket dalam kelas membongkar rahsia dia sebenarnya menjadi mangsa dera bapa sendiri.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu memakai jaket untuk menyembunyikan kesan luka dan kecederaan pada badannya akibat dipukul.

Bagaimanapun, guru kelas yang pelik selepas melihat anak muridnya itu jam 8 pagi semalam dengan kesan merah di muka memaklumkan kejadian terbabit kepada guru lain yang kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa.

Menurut sumber, pemeriksaan menemukan kesan calar di seluruh badan, luka di telinga, bengkak di siku dan kesan lebam serta bibir terkoyak.



Susulan itu katanya, percayai kesan luka itu akibat dipukul, satu laporan polis dibuat guru sekolah berkenaan.

Difahamkan polis menahan bapa murid terbabit yang berusia 29 tahun di Jalan Jati di sini, jam 8 malam tadi.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan difahamkan dia mengaku memukul anaknya itu.

Sumber berkata, polis turut merampas sebatang penyapu, rotan panjang dan senduk putih yang dipercayai digunakan suspek ketika memukul anaknya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahan lelaki terbabit.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sehingga membuatkan suspek sanggup memukul anaknya itu.

“Siasatan awal juga mendapati bapa mangsa mendakwa anaknya itu seorang yang hiperaktif namun kita masih menjalankan siasatan mengikut t mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker