Najib sudah dalam penjara baru Muhyiddin berani persoal ekonomi terhadap Ismail Sabri.

 

Oleh Adam Malik

Tidak  dapat dipastikan kritikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan kedudukan ekonomi negara sekadar lakonan untuk Ismail Sabri dapat sokongan dari UMNO atau pun kritikan benar.

Namun , Muhyiddin tiada ‘locus standi” untuk menegur DSIS atas sebab TSMY adalah pemimpn gagal yang berada didalam kerajaan gagal 22 bulan dan 17 bulan.



Tambah lagi TSMY menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah negara dengan hampir separuh dari pemerintahannya Ketika rakyat dipenjara dalam rumah.

Muhyiddin juga berbelanja paling banyak sekali dari semua Perdana Menteri dalam sejarah negara.

Bahkan, Ketika TSMY menjadi Perdana Menteri, ramai rakyat mengibar bendera puteh kerana tiada bekalan makanan dan ramai juga yang membunuh diri.

Maka , dengan rekod seburuk ini tambah lagi dengan status kegagalan , Muhyiddn hilang kelayakan menegur.



Sambil itu , Muhyiddin hanya berani bersuara berkenaan ekonomi dan mengkritik DSIS ketika Bossku , Najib Razak sudah dipenjarakan.

Muhyiddin sama juga seperti Mahathir yang tunjuk hebat Ketika Najib Razak sudah tidak dapat bersuara dan respon.

Ini semua kerja orang bertaraf penakut dan bacul.

Ketika Najib Razak mempamirkan pelbagai laporan ekonomi kedua Mahathir dan Muhyiddin menikus untuk memberi respon bercanggah atau menempelak laporan Najib dengan fakta berlawanan.



Hanya kini setelah penjarakan Najib Razak dengan kes penuh konspirasi , baru lah Muhyiddin berani bersuara menegur dan mengkritik DSIS tentang hal ekonomi negara.

Dari waktu ditulis ini belum ada nampak mana2 Menteri UMNO seperti Anuar Musa, Hishamuddn , Khairy atau Shahidan tampil untuk membela DSIS.

Perkara menjadi pelik dan tanda soal kerana mereka seolah tiada WA grup atau talian talipon untuk berkomunikasi.

Sama ada pergeseran DSIS dan Muhyiddin ini sekadar lakonan atau pun benar , yang sah , tiada Menteri UMNO tampil untuk DSIS.



Muhyiddin seperti Mahathir dan Rafizi hanya kuat melaung apabila Najib sudah dalam penjara.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button