Neuer, Goretzka terlepas aksi Jerman

Berlin: Manuel Neuer dan Leon Goretzka menarik diri daripada skuad Jerman menjelang dua aksi Liga Negara-Negara.

Kedua-dua tonggak Bayern Munich itu didapati positif Covid-19 semalam dan kini menjalani proses kuarantin di hotel pasukan.

Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) dalam satu kenyataan berkata: “Susulan terdapat kes positif dalam kalangan kontak rapat pemain, pegawai perubatan kami menjalankan ujian ke atas keseluruhan pasukan.



“Semua staf kejurulatihan dan pemain perlu diuji negatif sebelum perlawanan. Pemain yang didapati positif akan diuji setiap hari.”

Jerman akan menentang Hungary di tempat sendiri awal pagi Jumaat dan berkunjung ke England pada Selasa depan.

Ketiadaan kedua-dua pemain itu meresahkan jurulatih Hansi Flick yang terpaksa menggantikan penjaga gol berpengalaman dan juga kapten mereka, Neuer dengan pemain Hoffenheim, Oliver Baumann manakala tonggak Barcelona, Marc-Andre ter Stegen dan Eintracht Frankfurt, Kevin Trapp turut menjadi pilihan Flick.

DFB masih belum mengesahkan pengganti Goretzka walaupun Flick masih mempunyai pemain seperti Joshua Kimmich, Ilkay Gundogan dan Thomas Muller mengambil alih tempat pemain itu.



Jerman menduduki tangga kedua di belakang Hungary dalam Kumpulan 3 Liga Negara-Negara dengan satu kemenangan dan tiga seri daripada empat perlawanan manakala England tercorot dengan dua kali seri dan tewas dua kali dan hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button