Pemandu gagal kawal kereta



Kota Tinggi: Pemandu kereta terselamat apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terjunam ke halaman sebuah rumah penduduk di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu jam 7.30 malam menerusi Facebook.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya di jalan yang sama, lalu terjunam dan menghentam bumbung sebuah rumah sebelum jatuh ke halaman rumah itu.

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan iaitu luka kecil di dahi,” katanya.



Hussin berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaannya dengan baik.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca baik dan lalu lintas tidak sibuk,” jelasnya.

Menurut Hussin, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker