UMNO: Peguam Negara Wajar Gugurkan Semua Pertuduhan Terhadap Najib

UMNO: Peguam Negara Wajar Gugurkan Semua Pertuduhan Terhadap Najib

UMNO: Peguam Negara Wajar Gugurkan Semua Pertuduhan Terhadap Najib

Umno menggesa Jabatan Peguam Negara mengkaji semula semua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

Gesaan itu adalah ekoran dari dokumen yang didakwa ‘Memo Dalaman’ Jabatan Peguam Negara (AGC) oleh pasukan pendakwaan IPIC.

Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi daripada pasukan pendakwaan IPIC kepada mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.



Pasukan pendakwaan sebulat suara mengambil pendirian bahawa 6 pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah.

Mereka juga berpendapat sukar bagi mendapatkan kes prima facie.

dokumen setebal 12 muka surat bertarikh 10 September 2019 itu menyentuh tentang 6 pertuduhan dikenakan terhadap DS Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah.



Presiden Umno DS Zahid Hamidi berkata:

“Jika memo yang tular baru-baru ini asli, beliau yakin jabatan itu akan mengambil tindakan segera bagi menggugurkan pertuduhan berkenaan”.

“Rakyat, khususnya kepemimpinan dan ahli Umno menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang kepada DS Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu”.

“Ia harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh pihak Jabatan Peguam Negara”.



“Kami mempunyai keyakinan pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya DS Najib benar-benar diberi keadilan,” katanya.

DS Zahid berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Desa Madani.

Sebelum ini, desakan yang sama disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh.

UMNO: Peguam Negara Wajar Gugurkan Semua Pertuduhan Terhadap Najib

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button