Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung

Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung

Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung

Cerita rakyat mengenai seorang budak gembala kambing dan orang kampung diturunkan dari generasi ke generasi.

Ianya untuk mendidik kita semua supaya bersikap jujur dengan tidak berbohong dalam kata-kata.

Walau pun mungkin pada awalnya orang mempercayai apa yang kita katakan, namun apabila kita sudah terlalu kerap berbohong, akhirnya kita tidak lagi dipercayai walau pun berkata benar.

Perbalahan yang berlaku antara Ismail Sabri dan Muhyiddin disambut rakyat dengan pelbagai reaksi.

Ada di antara mereka yang mempercayai bahawa perbalahan itu benar-benar berlaku.

Ramai juga yang meraguinya dengan mengatakan bahawa itu semua adalah sandiwara politik kedua-dua ahli politik tersebut.

Sama ada Ismail Sabri, mahu pun Muhyiddin Yasin, tidak boleh menyalahkan rakyat, apabila perbalahan yang mungkin benar-benar berlaku hanyalah sebagai sandiwara.

Muhyiddin sememangnya sudah dikenali sebagai seorang yang kerap berbohong.

Klimaks kepada pembohongan beliau adalah apabila beliau telah mengarahkan supaya Takiyudin Hasan yang ketika itu menjadi menteri berbohong di parlimen.

Akibat pembohongan itu, pihak Istana Negara dengan serta merta mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

Manakala Ismail Sabri pula sudah beberapa kali beliau berbohong dengan akar umbi UMNO dan ahli MKT UMNO.

Sikap Ismail Sabri itu telah membangkitkan kemarahan akar umbi UMNO terhadap beliau.

Namun, masih belum terlewat bagi Ismail Sabri kembali mendapatkan kepercayaan dari akar umbi UMNO.

Cara yang terbaik adalah dengan memenuhi janji yang telah beliau lafazkan berkali-kali untuk memohon YDP Agong supaya membubarkan parlimen.

Sama baginda YDP Agong mahu memperkenankannya atau pun tidak, itu adalah di luar bidang kuasa Ismail Sabri.

Yang penting adalah beliau menunaikan janji yang telah dibuat berkali-kali kepada pemimpin dan akar umbi UMNO.

 

Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker