Isu Zeti dan 1MDB, Mahathir tercekik buah ‘khuldi’

 

 

Seluruh negara dikejutkan dengan isu bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikaitkan dengan wang 1MDB. 

Menurut laporan yang disiarkan dalam pelbagai media, Zeti menerima sejumlah wang yang lumayan ke akaun yang diuruskan suaminya.

 

 

 

Agak pelik apabila Mahathir mengambil tindakan berdiam diri dalam isu Zeti. Mahathir umpama tercekik ‘buah khuldi’ apabila perkara berkaitan Zeti terbongkar.

 

Kelantangan Mahathir mula kendur bila semua rakyat mendapat tahu penglibatan Zeti dan suami yang menerima wang 1MDB tetapi disorokkan dari pengetahuan semua pihak termasuk mahkamah.

Mengapa Mahathir begitu ‘kecut’ bila hal ini terbongkar? Selalunya Mahathir akan bersuara bila bercakap hal 1MDB dan Najib namun tidak kali ini.

Dalam satu temubual, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui kes Zeti menerima wang memang diketahui namun beliau memberi alasan tidak sempat menyiasat perkara tersebut.

Ini agak memusykilkan semua pihak termasuk rakyat. Bagaimana seorang Peguam Negara boleh memberi alasan ‘sebodoh’ itu?

Mungkinkah Tommy sendiri menerima arahan tertentu dari individu tertentu untuk tidak membuka sebarang kertas siasatan terhadap Zeti?

Adakah Mahathir, Zeti, Tawfiq dan beberapa individu lain sekarang sudah ketakutan dengan pembongkaran kes serta laporan yang dilakukan Najib?

Kenapa Mahathir tidak berani gelar Zeti penyamun?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker