Rancangan televisyen siar babak remaja berkhatan dikritik hebat
Penerbit mohon maaf
Rancangan televisyen siar babak remaja berkhatan dikritik hebat
Episod yang disiarkan pada 17 September itu juga menyaksikan bekas pemain besbol, Hong Seung Heon dan anak remajanya serta beberapa rakannya berbicara mengenai kebimbangan mereka sebelum menjalani prosedur berkhatan.
Turut dipaparkan, adegan menunjukkan kumpulan remaja itu kesakitan selepas pembedahan, selain riak muka panik yang dirakam secara dekat (close up).
Di media sosial, penonton meluahkan kritikan selepas menonton episod berkenaan dengan rata-ratanya mempersoalkan bagaimana rancangan tersebut boleh ‘terlepas’ untuk disiarkan.
Berikutan kemarahan ramai terhadap episod kontroversi tersebut, penerbit program berkenaan tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Kami bertujuan memberi pendedahan kepada para ibu bapa mengenai subjek berkhatan, dan melalui perbualan, ia cuba menunjukkan kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak mengenainya.
“Mereka juga bersetuju untuk menyiarkan prosedur tersebut dalam rancangan televisyen.
“Namun rancangan itu membuatkan penonton tidak selesa, dan untuk itu, kami memohon maaf,” demikian kenyataan yang dikeluarkan. –Â Dailystar
Rancangan televisyen siar babak remaja berkhatan dikritik hebat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :