Diskaun tiket penerbangan 30 peratus

 

Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Malaysia Airlines dan Firefly menawar diskaun tiket penerbangan sehingga 30 peratus kepada pelajar yang akan mendaftar masuk ke sesi akademik Oktober ini.

Oleh Rohana Man

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama syarikat penerbangan tempatan menawarkan diskaun tiket penerbangan kepada pelajar yang pulang ke kampus bagi memulakan semester pengajian bermula Oktober ini.

Menurut kenyataan KPT, tawaran diskaun itu melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Firefly dan dilaksanakan melalui program ‘Jom Balik Ke Kampung dengan MH Explores’.



Melalui program tersebut, kedua-dua syarikat penerbangan tersebut akan menawarkan diskaun tiket penerbangan sehingga 30 peratus ke semua destinasi dalam Malaysia.

“Selain menikmati diskaun tiket penerbangan sehingga 30 peratus ke semua destinasi dalam Malaysia, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) juga akan diberikan beberapa keistimewaan lain,” kata kenyataan itu dalam hantaran di laman Facebook KPT.

Bagi menikmati keistimewaan yang ditawarkan itu, pendaftaran perlu dibuat sebagai ahli MHExplorer di pautan http://bit_ly/MHexplorer_GOM.

Untuk tujuan pembelian tiket pula, pelajar perlu mengisi maklumat di pautan https://forms.office.com/r/qUDizKfXhQn.



Selain itu, pelajar yang membeli tiket antara tarikh 23 hingga 29 Sepember 2022 akan memperoleh baucar membeli-belah.

Sehubungan itu, pelajar digalakkan untuk mengambil peluang ini dengan segera membuat pembelian tiket penerbangan pulang ke kampus masing-masing.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker