Sembilan pemancing hilang selepas bot mereka karam di Mukah



KUCHING – Sembilan pemancing hilang, manakala dua lagi selamat selepas ditemukan terapung, apabila bot yang mereka naiki karam di perairan Mukah.

Sumber berkata, bot yang membawa 11 orang pemancing itu dipercayai keluar ke laut pada Isnin lalu.

Beliau berkata, difahamkan, bot berkenaan karam kira-kira 8.30 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, dua daripada pemancing itu ditemukan hanyut di perairan Mukah pada 5 petang semalam oleh kru kapal tunda, Capella yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Kuching.



Sementara itu, jurucakap Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya.

“Untuk makluman awal, MRSC Kuching menerima maklumat insiden sebuah bot bernombor pendaftaran SF2- 2837 karam bersama 11 orang mangsa di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.

*Sehingga kini, hanya dua mangsa ditemukan selamat, manakala sembilan masih hilang.

“Sebarang perkembangan mengenainya akan kami maklumkan dari masa ke masa,” katanya.



© Harian Metro 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker