Ada penggodam boleh intip dan baca kod TAC bank anda



SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) mendakwa ada sindiket penipuan boleh mengintip dan membaca kod pengesahan transaksi (TAC) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Presidennya, Siraj Jalil berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan perisian hasad untuk menceroboh peranti sehingga mengakibatkan mangsa kehilangan wang dari akaun bank mereka.

“Sindiket penipuan itu menggunakan kaedah phishing dengan menghantar perisian hasad melalui pautan yang diberikan kepada mangsa,” katanya pada majlis pelancaran buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ di Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Siraj berkata, pihaknya juga menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa duit dari akaun bank hilang walaupun tidak memberikan TAC kepada individu lain.



“MCCA menyarankan pihak perbankan agar memperketatkan lagi dengan mewujudkan lapisan keselamatan akaun pengguna.

“Orang ramai pula perlu sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsi butiran peribadi mereka dengan mana-mana pihak bagi meminimumkan penipuan atau menekan sebarang pautan mencurigakan,” tegasnya.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia dalam kenyataan melalui Facebook menasihatkan orang ramai tidak menyerahkan kod TAC atau berkongsi kepada pihak lain sekiranya tidak membuat sebarang transaksi di mana-mana perbankan internet.

Orang ramai diminta menghubungi pihak bank dengan segera jika menerima sebarang nombor TAC bagi transaksi yang tidak dilakukan.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker