Petugas ganggu misi besar Pogacar

Petugas ganggu misi besar Pogacar

Petugas ganggu misi besar Pogacar
POGACAR terpaksa menunggu peringkat seterusnya untuk melunaskan misinya memintas kedudukan Vingegaard dan merampas jersi kuning. – AFP

MORZINE, Perancis – Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar dilihat berang selepas motosikal petugas yang berada dihadapannya merencat pe­luangnya untuk melakukan pecutan di puncak Col De Joux Plane pada peringkat ke-14 Tour de France kelmarin.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba UAE Team Emirates tersebut bersiap sedia untuk melakukan henjutan meninggalkan seteru utamanya, Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma) untuk merapatkan jurang kedudukan keseluruhan jersi kuning.

Situasi itu menyebabkan Pogacar masih ketinggalan 10 saat (s) di belakang Vingegaard selepas mengakhiri perlumbaan di tempat kedua ketika pelumba Ineos Grenadiers, Carlos Rodriguez menjuarai cabaran tersebut dengan catatan masa 3 jam 58 minit 45s.



“Bagi saya pecutan itu adalah sia-sia dan mengganggu sedikit kerana saya tak boleh melakukan pecutan untuk meraih bonus.

“Saya rasa ia adalah hari yang baik untuk kami. Kami benar-benar kuat dan kami terus mencuba. Kami banyak belajar hari ini dan kami akan meneruskan saingan dengan fikiran positif ke peringkat seterusnya.

“Sudah tentu, adalah lebih baik jika saya mengatasinya (Vingegaard) dan pergi secara solo ke garisan penamat,” kata Pogacar. – AGENSI

Petugas ganggu misi besar Pogacar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker