BN Parit Sulong bela nasib mangsa ribut

Oleh Azrin Muhammad

BATU PAHAT – Meskipun tidak berkesempatan turun padang, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad tetap prihatin apabila menghulur bantuan kepada mangsa ribut yang melanda sekitar kawasan Parlimen berkenaan.

Kejadian yang berlaku awal pagi Selasa lalu didapati telah meranapkan tiga buah rumah serta sebuah bilik gerakan di tiga kawasan iaitu Parit Laman, Parit Karjan dan Kampung Sungai Tunggul ekoran angin kencang dan hujan lebat.

Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong telah menghantar wakil untuk membuat tinjauan di kawasan yang dilanda ribut dan berjaya mengesan kesemua mangsa yang terlibat untuk diberikan bantuan secukupnya.



Antara penduduk yang terjejas ialah Yusof Karim (Parit Laman); Mohd. Noor Bahari (Parit Karjan) dan Hamdan Maskon (Kampung Sungai Tunggul).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker