Hukuman penjara Thaksin dikurangkan kepada setahun

Hukuman penjara Thaksin dikurangkan kepada setahun

Hukuman penjara Thaksin dikurangkan kepada setahun
THAKSIN Shinawatra (kiri) bersama anak perempuan bongsunya, Paetongtarn Shinawatra selepas tiba di Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok. FOTO AFP

Bangkok: Raja Thailand Raja MahaVajiralongkorn berkenan mengurangkan hukuman penjara lapan tahun bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kepada setahun, menurut Warta Diraja pada Jumaat.

Pengampunan itu diumumkan sehari selepas Thaksin mengemukakan permohonan.

Menurut Warta Diraja, Thaksin seorang perdana menteri yang telah berjasa kepada negara, rakyat dan setia kepada institusi beraja.

Thaksin juga menghormati proses undang-undang, mengakui kesalahannya dan menerima keputusan mahkamah.

“Dia (Thaksin) sudah tua dan mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan daripada pakar perubatan.

“Baginda berkenan memberikan pengampunan dan mengurangkan hukuman kepada setahun supaya dia (Thaksin) dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk membantu negara, masyarakat dan rakyat,” menurut Warta Diraja itu.

Thaksin, 74, kembali ke Thailand pada 22 Ogos selepas 15 tahun hidup dalam buangan sendiri.

Pada hari yang sama Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepadanya atas tuduhan rasuah.

Thaksin dimasukkan ke Police General Hospital kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas ditahan di Penjara Reman Bangkok.

Awal minggu ini, kumpulan anti-Thaksin yang menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja sudah membuat aduan kepada Jabatan Pemulihan, dengan alasan bahawa tidak sepatutnya ada pengampunan bagi kes rasuah kerana mereka merosakkan tadbir urus dan menjejaskan reputasi negara.

Hukuman penjara Thaksin dikurangkan kepada setahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker