Rempuhan Halloween: Polis Seoul akui jumlah pengunjung luar biasa

Rempuhan Halloween: Polis Seoul akui jumlah pengunjung luar biasa

Rempuhan Halloween: Polis Seoul akui jumlah pengunjung luar biasa
DUA anggota polis memeriksa lokasi kejadian yang meragut ratusan nyawa ketika menyambut pesta Halloween di Itaewon, Seoul. – AFP

SEOUL: Pihak berkuasa Seoul menerima sebanyak 355 laporan individu hilang yang dipercayai menjadi mangsa tragedi rempuhan ketika pesta Halloween di Itaewon, kelmarin.

Agensi berita Yonhap melaporkan, polis Seoul dalam kenyataan memaklumkan, siasatan lanjut berkenaan insiden itu masih berlangsung bagi mengenal pasti senarai mangsa yang hilang.

“Seramai 60 pegawai diarah pergi ke 50 hospital untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dengan kebanyakannya berusia lingkungan 20-an,” jelas kenyataan itu.



Dalam pada itu, timbul beberapa persoalan baharu mengenai kelemahan pengurusan sistem keselamatan dalam pesta berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Korea Selatan, Lee Sang-min berkata, pasukan polis turut dikerahkan ke lokasi lain di Itaewon pada malam kejadian.

“Saya tidak pasti berapa ramai anggota polis dikerahkan ke Itaewon dan kawasan sekitar, namun sejumlah polis turut melakukan kawalan keselamatan di Gwanghwamun, iaitu satu lagi lokasi tumpuan ramai, terutamanya mereka yang ingin melakukan protes,” ujarnya.

Beliau memberitahu, polis juga tidak menjangkakan bilangan pengunjung akan menjadi begitu ramai semasa pesta berkenaan berlangsung.



Katanya, jumlah polis yang dikerahkan untuk berkawal adalah hampir sama dengan skala penganjuran pada tahun sebelum itu.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengarahkan penyiasatan penuh dan berjanji tragedi seperti itu tidak akan berulang lagi. – AFP

149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

 

Rempuhan Halloween: Polis Seoul akui jumlah pengunjung luar biasa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker