Dua PPS masih dibuka di Batu Pahat, Pontian

BATU PAHAT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat jam 9 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini.

PPS itu yang mula dibuka sejak Rabu lalu menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas seperti Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.

Sementara itu, PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian, semalam, membabitkan mangsa banjir dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya.



Bagaimanapun, hanya terdapat 13 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS itu.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker