Inflasi meningkat 3.1 peratus tempoh Januari – Ogos 2022

Kadar inflasi negara meningkat 3.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, selari dengan jangkaan pasaran sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ini, didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh, harga komoditi yang masih tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, bagi Ogos 2022, kadar inflasi negara meningkat sedikit kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2022 dan kadar inflasi masih tinggi berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

“Kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia. Kadar inflasi pada Ogos 2022 di Zon Euro adalah 9.1 peratus, Amerika Syarikat pada 8.3 peratus, Thailand pada 7.9 peratus, Filipina pada 6.3 peratus dan Republik Korea mencatatkan 5.7 peratus.

“Kadar inflasi yang lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah Kerajaan Keluarga Malaysia untuk menyediakan subsidi yang terbesar dalam sejarah negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.



Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Ogos 2022 menyederhana kepada 0.2 peratus berbanding 0.4 peratus pada Julai 2022. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker