‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

'Jasa' PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

Masih adakah penjawat awam yang mahu sokong Pakatan Harapan?

Kalau ada, pastinya golongan penjawat awam ini masih lagi belum dapat melupakan ‘jasa-jasa’ hebat Pakatan Harapan terhadap mereka atau rakan-rakan mereka.



Tidak sampai sebulan Pakatan harapan mendapat kuasa di Putrajaya, 17,000 orang penjawat awam telah ditamatkan kontrak dengan serta merta.

Dengan keadaan rela dalam paksa, mereka terpaksa menerimanya dengan linangan airmata kerana mengenangkan ketika itu Hari Raya Aidilfitri sudah hampir.

Mungkin bagi ibubapa boleh menerima dan memahaminya, tetapi bagaimana dengan anak-anak?

Mereka tidak minta dibantu, tetapi sekadar meluahkan rasa gundah gelana di media sosial.



Tetapi ditertawakan oleh ahli politik DAP dan pengikut mereka.

Baca di sini:

https://beautifulnara.com/penamatan-kontrak-17000-lantikan-politik-dalam-kerajaan-netizen-bilang-karma/

Perlukah kita tertawakan musibah yang menimpa saudara kita?



'Jasa' PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

Tidak cukup dengan menamatkan kontrak 17,000 penjawat awam, DAP dikatakan membuat perancangan untuk membuang lagi 80,000 orang penjawat awam.

'Jasa' PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

Malah jadual sudah disediakan dengan menetapkan berapa ramai yang akan dibuang kerja mulai dari tahun 2018 hingga 2021 sehingga hujung penggal pemerintahan mereka.



Baca di sini:

https://sabahkini2.com/en/news/1752/jpa-akan-buang-80-ribu-lagi-penjawat-awam-sebagaimana-arahan-dap-/view

Penjawat Di Kambing Hitam Untuk Menutup Kegagalan PH

Penjawat awam juga diberikan dengan pelbagai tekanan oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Seorang ahli parlimen DAP pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan kerajaan.



Manakala seorang ahli parlimen DAP lain pula mendesak Kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi ahli parlimen DAP mencadangkan di parlimen supaya Kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen.

Beliau menyifatkannya sebagai pembaziran wang rakyat dan negara.

Tidak cukup dengan itu, penjawat awam dikambing hitamkan untuk menyembunyikan kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan.



Penjawat awam dituduh mensabotaj dan dikatakan sebagai punca mengapa agenda reformasi yang dirancang oleh Kerajaan PH lambat atau gagal dilaksanakan.

Lebih teruk lagi, PH memindah dan menyejukbekukan (cold storage) sesuka hati penjawat awam utama kerajaan yang teguh mempertahankan etika perkhidmatan awam.

Termasuk yang disejukbekukan adalah Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.

Baca di sini:

https://sarawakvoice.com/2022/06/17/tertekan-pada-zaman-ph-penjawat-awam-kini-terbela/

Banyak lagi sebenarnya ‘jasa’ Pakatan Harapan kepada penjawat awam ketika mereka berkuasa.

Tindakan mereka itu adalah kerana semata-mata dendam mereka kepada penjawat awam yang mereka anggap sebagai ‘fixed deposit’ Barisan Nasional.

Penjawat awam di Malaysia tidak begitu, mereka bersikap profesional.

Mereka bukan taat kepada Barisan Nasional, tetapi mereka taat kepada ‘government of the day’, kerana itulah majikan mereka.

Tetapi setiap nasib buruk yang menimpa penjawat awam dan rakan-rakan mereka tidak boleh diletakkan kesalahan kepada DAP.

Kerana kita yang memberikan mereka kuasa.

Apakah penjawat awam mahu perkara yang sama berulang lagi?

Sudah lupakah kepada nasib puluhan ribu rakan mereka yang telah diberhentikan serta merta tanpa sebarang pampasan?

Tepuk dada, tanya selera.

 

‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button