Lawan Belanda persiapan terbaik Piala Dunia – Martinez

Brussels: Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez berkata pertemuan dengan Belanda selepas ini adalah bakal dijadikan persiapan terbaik untuk Piala Dunia berikutan saingan sengit antara kedua-dua pasukan sebelum ini.

Belgium mengalahkan Wales 2-1 di Brussels bagi aksi Liga Negara-Negara dan akan berdepan Belanda Isnin ini di Amsterdam.

“Jika anda bertanyakan kepada saya perlawanan mana sangat sesuai untuk persiapan Piala Dunia, saya akan berkata mengenai aksi menentang Belanda kerana perseteruan.

“Bermain di tempat lawan dengan permainan yang anda perlukan untuk mempunyai hala tuju serta makna sebenar adalah sangat baik. Selepas itu, mari kita lihat bagaimana kami boleh menamatkan kempen Liga Negara-Negara ini,” katanya.



Martinez turut memuji Kevin de Bruyne, selepas pemain tengah Manchester City itu menjaringkan satu gol dan terbabit dalam satu lagi gol ketika kemenangan mereka ke atas Wales.

“Saya rasa ini adalah mesej kepada semua peminat kami. Jangan ambil mudah menonton Kevin De Bruyne bermain. Bagi saya, dia adalah pemain paling luar biasa dalam bola sepak dunia pada masa ini,” katanya.

Sementara itu, Belanda menewaskan Poland 2-0 di Warsaw untuk terus menghampiri separuh akhir Liga Negara-Negara.

Cody Gakpo dan Steven Bergwijn meneruskan rentak cemerlang mereka untuk membantu skuad kendalian Louis van Gaal kekal tiga mata di depan Belgium dalam saingan Kumpulan A4.



Mereka hanya memerlukan satu mata daripada perlawanan terakhir menentang Belgium bagi mengesahkan kedudukan sebagai pendahulu.

Belanda dilihat berada pada prestasi terbaik mereka menjelang aksi pembukaan Piala Dunia di Qatar menentang juara Afrika, Senegal pada November 21, sebelum aksi Kumpulan A seterusnya bertemu tuan rumah dan Ecuador.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker