Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap pemimpin terakhir Khmer Rouge



Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap pemimpin terakhir Khmer Rouge

Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap pemimpin terakhir Khmer Rouge

PHNOM PENH: Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan pembunuhan beramai-ramai dan hukuman penjara seumur hidup dikenakan ke atas pemimpin terakhir rejim itu yang masih hidup.

Tribunal membuat keputusan selepas rayuan oleh Khieu Samphan, ketua bagi rejim Khmer Rouge yang menghapuskan satu perempat daripada penduduk Kemboja dalam tempoh kurang empat tahun pada 1970-an, ditolak sepenuhnya.

Ia adalah keputusan terakhir yang akan dikeluarkan oleh tribunal yang menelan belanja lebih AS$330 juta (RM1.5 bilion) dan hanya dikenakan kepada lima pemimpin Khmer Rouge, dua daripadanya meninggal dunia semasa prosiding.



“Dewan Mahkamah Agung mendapati tiada merit dalam hujah Khieu Samphan mengenai pembunuhan beramai-ramai dan menolaknya,” kata Ketua Hakim, Kong Srim dalam keputusan yang panjang lebar.

Mahkamah juga mengekalkan sabitan 2018 terhadap lelaki berusia 91 tahun itu atas pelbagai jenayah terhadap kemanusiaan termasuk pembunuhan, penyeksaan dan perhambaan walaupun beliau tidak mengambil bahagian secara peribadi dalam semua jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kira-kira 500 orang berkumpul di dalam bilik mahkamah untuk mendengar keputusan itu, termasuk mangsa Khmer Rouge yang terselamat, sami Buddha, diplomat dan pegawai kerajaan.

“Saya mahu keadilan untuk semua mangsa kerana kami sangat menderita. Rejim Pol Pot sangat kejam,” kata mangsa yang terselamat, You Soeun, 67.



Walaupun tribunal itu secara rasmi dikenali sebagai Dewan Luar Biasa di Mahkamah Kemboja (ECCC), pakar berkata ia telah melakukan kerja yang berharga dalam menggalakkan perdamaian nasional.

“ECCC diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai model mahkamah hibrid untuk pendakwaan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai, beransur-ansur menjadi mahkamah contoh yang beberapa negara pertimbangkan untuk mewujudkan cara yang sama,” kata Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Bin Chinn kepada pemberita selepas keputusan itu. – AFP

Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Mahkamah kekalkan hukuman mati terhadap pemimpin terakhir Khmer Rouge


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker