Mbappe, Giroud akhiri kemarau kemenangan Perancis

PARIS: Kylian Mbappe menjaringkan gol pembukaan yang menarik ketika Perancis menewaskan Austria 2-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Paris.

Mbappe membuktikan kemahiran dan ketangkasannya untuk meletakkan juara bertahan dunia itu di depan pada minit ke-56 di Stade de France.

Olivier Giroud yang kembali disenaraikan dalam skuad Perancis, menambah jaringan sembilan minit kemudian untuk mengelak tersingkir daripada Kumpulan A1 Liga Negara-Negara, kejohanan yang dimenangi mereka tahun lalu.

“Kami melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan kemenangan, mencipta banyak peluang dan mengawal permainan.



“Banyak aspek positif yang dapat diambil daripada permainan ini,” kata pengendali Perancis, Dider Deschamps yang turun tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan.

Perancis bagaimanapun masih perlu memenangi perlawanan terakhir di Denmark Ahad ini untuk mengelak penyingkiran, manakala kelayakan untuk ke pusingan empat terakhir Jun depan sudah tertutup.

Kegagalan Perancis untuk menang dalam empat perlawanan pertama Jun lalu menjadi punca mereka berada di tangga ketiga kumpulan, lima mata di belakang pendahulu, Croatia dan empat di belakang Denmark.

Keutamaan bagi Perancis sekarang ialah mempertahankan kejuaraan Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar dua bulan lagi.



Deschamps berharap majoriti pemain bintangnya akan kembali cergas menjelang perlawanan pertama menentang Australia pada 22 November.

Antara tonggak yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan di Stade de France ialah penjaga gol dan kapten, Hugo Lloris, bek tengah Lucas Hernandez dan Presnel Kimpembe, bek kiri Theo Hernandez, pemain tengah N’Golo Kante dan Paul Pogba, penyerang Kingsley Coman dan Karim Benzema.

Selepas deretan percubaan di babak pertama tidak berhasil, Mbappe memecah kebuntuan selepas mendapat hantaran Giroud.

Giroud kemudian meledak gol ke-49 dirinya untuk Perancis selepas menanduk masuk hantaran lintang Antoine Griezmann.

Dia kini hanya dua gol di belakang rekod 51 gol Thierry Henry.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker