METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022

METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022

METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022

Bila sebut Pakatan Harapan, pastinya ia sinonim dengan penipuan dan memutarbelitkan fakta.

Tidak perlu ditulis dengan panjang lebar senarai penipuan Pakatan Harapan yang panjang terhadap rakyat.

Juga tidak perlu ditulis lagi kerosakan dan kehancuran yang Pakatan Harapan lakukan terhadap negara akibat dari penipuan mereka.

Tempoh 22 bulan menguasai Putrajaya sudah cukup memberikan pengajaran kepada rakyat, siapa pemimpin Pakatan Harapan yang sebenarnya.

Dalam isu penentuan tarikh pembubaran parlimen, Pakatan Harapan sekali lagi cuba memutarbelitkan fakta.

Melakonkan watak kononnya mereka sangat prihatin terhadap keselamatan rakyat.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/salahuddin.hisham.1/posts/pfbid02FFxUPgUPHxkRn5rS6Uqr6cMw3gVSggShvaN6stDvJSb5bWiGk1WuSPGtrWuBef6cl

Pertanyaan presiden UMNO, DS Zahid kepada pemuda BN ada sanggupkah meredah banjir sekiranya PRU 15 diadakan dalam musim banjir, dimanipulasi ke tahap maksima.

UMNO tidak berhati perut, UMNO sanggup menggadaikan nyawa rakyat kerana gila kuasa, UMNO sudah gila dan pelbagai tuduhan lagi dilemparkan.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/akmarmokhles/posts/pfbid02D368gXtKpEFS5g6jZbyqd8sWUng2i2pv4e1hcKZ2bfm9NeUpsQQ72usJdtfqmeRCl

Hujah mereka ialah, sekiranya PRU 15 diadakan pada hujung tahun, ianya sama seperti menambah penderitaan rakyat yang sedang menghadapi banjir ketika itu.

Benarkah begitu?

METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022

Bila membincangkan mengenai cuaca di negara kita, pihak yang paling tepat untuk dirujuk ialah Jabatan Meteorologi atau METMalaysia.

Memang benar, mengikut kebiasaan, musim tengkujuh yang biasa akan menyebabkan banjir akan berlaku di beberapa kawasan pada akhir tahun.

Menurut Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, fenomena La Nina dijangka akan melanda sehingga awal tahun depan.

Dan sememangnya diakui ianya akan menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Namun METMalaysia meramalkan, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir.

Ia juga berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil.

Dan kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan yang normal sahaja dalam tempoh itu.

Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang.

Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutamanya penghujung November.

Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan.

Ini kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu.

Dan risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/995717/metmalaysia-ramal-banjir-besar-penghujung-november

Bolehlah dirumuskan di sini bahawa sekiranya PRU 15 dilakukan selewat-lewatnya pada pertengahan November 2022, tiada isu merisikokan nyawa rakyat.

Siapa yang lebih berkredibiliti bila bercakap mengenai ramalan cuaca?

Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Syed Saddiq atau Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah?

 

METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker