Noraini prihatin ziarah pemimpin Wanita kurang sihat



 

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bertanya khabar keadaan kesihatan Datin Suzaini Adlina Syukri di Hospital KPJ Perdana, Kota Bahru, Kelantan semalam.

Oleh Rohana Man

 

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa menziarahi dua pemimpin Wanita UMNO Kelantan yang kurang sihat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Kota Bahru, Kelantan, semalam.

Melalui hantaran Facebooknya, Noraini berkongsi gambar beliau melawat dan bertanya khabar Naib Ketua Wanita UMNO Kelantan, Hajjah Nik Noriza Nik Salleh (Kak Cik) yang juga Ketua Wanita UMNO Tumpat dan Ketua Wanita UMNO Kuala Krai, Datin Suzaini Adlina Syukri yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital KPJ Perdana.



Noraini berkata, walaupun kurang sihat tetapi kedua-dua pemimpin Wanita itu masih tetap bersemangat bercerita tentang tanggungjawab masing-masing dalam parti.

“Semoga mereka cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

“Terima kasih Datin Rahimah (Datin Hajjah Rahimah Mahamad, Ketua Wanita UMNO Kelantan) dan Ketua Wanita Bahagian (KWB) yang turut bersama saya menziarah,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Lawatan Noraini menziarahi pemimpin Wanita UMNO yang kurang sihat mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan kedua-dua pemimpin terbabit segera sembuh.



Malah ada netizen yang memuji sikap prihatin Noraini yang sentiasa prihatin dan ‘turun padang’ bertemu akar umbi sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker