Remaja maut motosikal bertembung



BATU PAHAT – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, anggota Balai Polis Parit Sulong menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 1.35 pagi.

“Mangsa berusia 14 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal dari arah Parit Sulong ke Simpang Lima.

“Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah hadapan yang telah masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.



Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

“Sementara penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan berusia 17 tahun mengalami cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker