Sambut perayaan keagamaan, Zionis tutup laluan dari Tebing Barat, Gaza

Sambut perayaan keagamaan, Zionis tutup laluan dari Tebing Barat, Gaza

Sambut perayaan keagamaan, Zionis tutup laluan dari Tebing Barat, Gaza

BAITULMUQADDIS: Israel akan menutup Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjelang tiga perayaan masyarakat Yahudi sempena dalam tempoh hampir sebulan.

Rakyat Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa sambutan tahun baharu Yahudi, Rosh Hashana yang berlangsung pada akhir bulan ini serta cuti Yom Kippur dan Sukkot pada Oktober depan.

“Semasa penutupan itu, laluan akan dibenarkan untuk kes kemanusiaan, perubatan dan kes-kes luar biasa,” menurut tentera Zionis.



Penutupan itu dibuat ketika keadaan tegang terus memuncak antara rakyat Palestin dengan tentera Israel di kedua-dua wilayah tersebut sejak Mac lalu.

Sejak itu, tentera Zionis meningkatkan serbuan di Tebing Barat, terutamanya di Nablus dan Jenin yang disifatkan kawasan aktif bagi ‘kumpulan bersenjata Palestin’.

Semalam, seorang rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran di Nablus ketika pihak berkuasa Palestin melancarkan operasi menahan anggota Hamas.

Fatah dan Hamas tidak seteru sejak 2007, apabila gerakan Islam menguasai Gaza selepas perang saudara berakhir. – AFP



Serangan baharu di sempadan Israel-Lubnan

Sambut perayaan keagamaan, Zionis tutup laluan dari Tebing Barat, Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker