Scaloni terkilan visa punca pemainnya lambat tiba



Miami: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menyuarakan rasa terkilannya dengan ketibaan lewat dua pemain pertahanan utama untuk aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) selepas masalah visa dikaitkan dengan kematian Ratu Elizabeth II.

Pemain Manchester United, Lisandro Martinez dan Cristian Romero dari Tottenham Hotspur sepatutnya menyertai skuad Scaloni untuk aksi dua perlawanan, menentang Honduras di Stadium DRV PNK Inter Miami dan Jamaica di New York.

Bagaimanapun, berikutan kematian Elizabeth II, Kedutaan AS di London ditutup, memaksa kedua-dua pemain pulang ke Argentina terlebih dulu untuk mendapatkan visa sebelum ke AS.

Walaupun Martinez tiba di Miami tepat pada masanya untuk menentang Honduras esok, Romero masih belum tiba dengan Scaloni tidak pasti sama ada pemain itu dapat diturunkan bagi aksi kedua.



Ia adalah situasi yang dikesali bagi jurulatih Argentina, yang hanya mempunyai dua perlawanan ini sebelum menamakan skuadnya untuk Piala Dunia Qatar yang bermula pada November.

“Ini mengganggu saya. Ini adalah minggu latihan penting untuk kami menjelang Piala Dunia dan Cristian belum tiba. Permohonannya ditangguhkan,” kata Scaloni kepada pemberita

Scaloni mengalami satu lagi masalah di bahagian pertahanan dengan Juan Foyth cedera, dan masa semakin suntuk untuk Lionel Messi dan rakan sepasukan antarabangsa memperkemaskan persiapan mereka ke Qatar di mana mereka akan menentang Arab Saudi, Mexico dan Poland dalam Kumpulan C.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker