Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Sup Tulang Padu Dan Air Asam
Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang mantap. Che Nom akan tunjuk cara buat sup tulang yang sedikit berempah rasa kuahnya, tak terlalu cair. Dan Che Nom akan tumis dengan sedikit je minyak untuk naikkan rasa rempah tumis.

Sup tulang ni kita kena rebus agak lama sebab nak lembutkan dagingnya tu bila makan nanti dan khasiat tulangnya tu keluar. Memang bagus untuk kesihatan sup tulang ni. Kalau guna daging yang fresh, ada daging korban ke boleh la masak kan.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan sup tulang:
    • 5 kilo tulang daging
    • Anggaran 1 liter air
    • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
    • 4 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah
    • 2 inci halia
    • 4 biji buah keras (pilihan)
    • 1 sb serbuk lada hitam
    • 1 batang serai (pilihan)
    • 2 sb minyak masak
    • 1 batang lobak merah
    • 1 sup bunjut
    • 2 biji kentang
    • 2 batang saderi (pilihan)
    • Daun sup
    • Daun bawang
    • Limau nipis
    • 1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
    • Bawang goreng
  • Bahan-bahan rempah sup tulang:
    • 1 sb serbuk ketumbar*
    • 1 sb serbuk jintan manis*
    • 1/2 sb serbuk jintan putih*
    • Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah sup
  • Bahan-bahan air asam:
    • 1 biji tomato
    • 1 biji bawang besar
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 1 inci belacan bakar
    • 2 biji cili merah
    • 5 tangkai cili padi
    • Sedikit perahan limau nipis
    • 1 sb sos ikan
    • Gula secukup rasa
    • Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk masak sup:
    1. Cincang kasar bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
    2. Potong kentang dan lobak merah kepada ketulan besar.
    3. Potong kasar batang seleri. Asingkan batang daun bawang dan batang daun sup kemudian potong panjang (anggaran 2 inci). Hiris kasar daun sup dan bawang (untuk taburan).
    4. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sampai naik bau.
    5. Masukkan tulang, serbuk ketumbar*, serbuk jintan manis* dan serbuk jintan putih*, serbuk lada hitam, serai, sup bunjut, batang daun sup, batang daun bawang dan air. Rebus selama 1 1/2 jam.
    6. Masukkan batang seleri, lobak merah, kiub pati lembu / ayam dan garam.
    7. Masukkan kentang dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
    8. Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  2. Cara-cara untuk air asam:
    1. Potong dadu tomato dan bawang besar. Asingkan 1/2 tomato dan bawang besar tadi untuk kisar dan 1/2 lagi untuk gaul dalam air asam.
    2. Potong kasar cili merah dan potong halus cili padi.
    3. Kisar kasar bahan potong kasar, belacan bakar, air asam, gula dan garam.
    4. Pindah masuk dalam mangkuk, tambah sos ikan, jus limau nipis, tomato, bawang besar dan cili pagi. Gaul dan picit sampai sebati dan mesra.

 

Tip:

 

  • Boleh kaut keluar kalau banyak sangat minyak (dari lemak daging yang cair).
  • Boleh masakkan dalam pressure cooker untuk daging cepat masak.
  • Boleh tambah kerisik dalam air asam jika suka.

Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap

Sup Tulang Padu Dan Air Asam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker