Shaheizy Sam Belikan Lamborghini Untuk Ibu Di Mekah? [VIDEO]

Cetus Perhatian Ramai,

Shaheizy Sam Belikan Lamborghini Untuk Ibu Di Mekah? [VIDEO]

Shaheizy Sam Belikan Lamborghini Untuk Ibu Di Mekah? [VIDEO]

Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan Keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

“Ni Bukan Lamborghini, Tapi Lambertgini Jadinya”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Shaheizy Sam yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 149 ribu, tanda suka sebanyak 9,532 dan sebanyak 55 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Shaheizy Sam bersama ibunya Khaty Fauzah di Mekah dengan menggunakan kerusi roda yang diumpamakan seakan kereta jenama mewah iaitu Lamborghini. Di khabarkan bahawa dia ke sana bersama isterinya iaitu Syatilla Melvin dan ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, ibu saya baru sahaja beli Lamborghini keluaran terbaru, bagaimana perasaan anda?”-Tanya Shaheizy Sam

“very good Alhamdulillah”-tambah Shaheizy Sam

@shaheizysam

Mommy’s brand new Lamborghini, no fuel needed 😅. Mana la tau tiba2 balik M’sia, Allah nak bagi 😏 @khatyfauziah #ForYourPage #FYP #hot #Trending #MasukBeranda #Viral #Lamborghini

♬ Free Spirit – Edward Josephs & Scott Rockwell

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka melihat gelagat anak beranak tersebut. Apa-apa pun, semoga sesiapa yang melihat video tersebut, diberi kesempatan untuk ke sana suatu hari nanti.

Shaheizy Sam Belikan Lamborghini Untuk Ibu Di Mekah? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker