Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!

Tidak mahu ada yang keliru dirinya dengan pendakwah bebas, Amin Idris tampil beri penjelasan di media sosialnya

Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
via Instagram Amin Idris/PU Amin

Pengacara televisyen, penulis buku dan juga perunding latihan serta motivasi, Amin Idris memuatnaik satu hantaran di Instagram-nya yang mencuri perhatian warganet dan juga lensa Murai MY.

Bukan PU Amin

Gara-gara miliki nama yang sama seperti pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Amin sehingga menyebabkan kekeliruan bagi segelintir pihak, Amin Idris bersuara dan memberi penjelasan di media sosialnya.

“Saya adalah Amin Idris. Bukan PU Amin. PU Amin orang lain. Saya tak pernah masuk mana-mana program realiti agama. Saya adalah Amin Idris. Sekian.” Tulisnya

Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
via Instagram Amin Idris

Iron Man Jadi ‘Trademark’ Amin Idris

Melihat muatnaik tersebut warganet membanjiri ruangan komen pengacara televisyen ini dan rata-rata ramai yang memberi pendapat untuk jadikan watak terkenal studio Marvel, Iron Man sebagai trademark Amin Idris.

“Ingat Iron Man, ingat Amin Idris.”

“Nak kenal abang Amin, dia ada koleksi Iron Man. Okay sekian.”

IKLAN

“@amin_idris aka Iron Man.” Komen warganet

Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!
via Instagram Amin Idris

“Noted! Tidak serupa dan seiras pun.”

“Apabila ada yang tak boleh bezakan rupa.. Tapi nama sama..”

“Tuan Amin Idris a.k.a Tuan Amin Iron Man.” Komen mereka

Sekadar info, Amin Idris merupakan pengacara televisyen, penulis buku dan juga pakar pelatih motivasi tanah air. Manakala Pencetus Ummah (PU) Amin atau nama penuh Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim merupakan pendakwah selebriti dan juga pengacara.

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

Ada Yang Keliru Dan Samakan Dengan PU Amin, Amin Idris Bersuara!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker