Ayam Masak Blackpaper Cendawan

Ayam Masak Blackpaper Cendawan
Ayam Masak Blackpaper Cendawan

Ayam Masak Blackpaper Cendawan

Kali ni Che Nom nak share menu yang ringkas tapi sedap iaitu Ayam Masak Blackpepper Cendawan. Masakan ni juga mudah sebab kita masak sekali dengan sayur. Sesiapa yang tak tahu nak masak apa dengan bahagian isi ayam, boleh cuba masakan ni.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan perapan ayam:
    • 3 ketul isi ayam
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 2 sudu besar tepung jagung
  • Bahan-bahan lain:
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah
    • 1 inci halia
    • Minyak masak
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1/2 batang lobak merah
    • Air untuk kuah
    • Air bancuhan tepung jagung
    • Capsicum
    • Cendawan shitake atau cendawan butang
    • 1/2 biji bawang holland
    • Daun bawang
    • Garam secukup rasa

 



Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk Ayam Masak Blackpaper Cendawan:
    1. Masukkan lada hitam, sos tiram, garam, kicap manis dan tepung jagung ke dalam ketulan ayam yang sudah di potong. Kacau sebati kesemua bahan lalu perap dalam anggaran 15 minit.
    2. Panaskan minyak dan goreng ayam perapan sehingga agak masak dan sedikit keperangan.
    3. Setelah masak, angkat ayam goreng dan ketepikan.
    4. Tumis hirisan bawang dan halia sehingga naik bau.
    5. Tambah sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, lobak merah, ayam goreng dan air sebagai kuah.
    6. Masukkan capsicum, hirisan cendawan, bancuhan air tepung jagung serta garam secukup rasa.
    7. Sebelum tutup api, taburkan dengan hirisan bawang holland dan hirisan daun bawang.
    8. Kemudian, hias dengan taburan daun bawang dan hidangkan ayam masak blackpaper cendawan bersama nasi putih panas serta telur goreng.

 

Tip:

 

  • Kepekatan kuah boleh di tambah atau di kurangkan mengikut bancuhan air tepung jagung.

Lamb Chop & Sos Blackpepper Mushroom



 

Ayam Masak Blackpaper Cendawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button