“Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Dedahkan 19 perkara penting" - Ahmad Maslan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan mendedahkan 19 perkara penting di dalam buku bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Pada 5 Februari 2021, Ahmad Maslan telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas berkaitan penulisannya di dalam buku yang telah diterbitkan.

Pada 29/8/22, Menteri di JPM menyebut bahawa ada 19 perkara penting ditemui oleh Pasukan Petugas Khas yang Kerajaan tubuhkan. Maka dipohon dan diminta agar Kerajaan mendedahkan apakah 19 perkara itu kepada rakyat. Terima kasih. – Ahmad Maslan

Pihak Polis juga mengesahkan telah menerima 134 laporan Polis terhadap kandungan buku tulisan bekas Peguam Negara itu. Bagaimanapun, Menteri JPM mengesahkan telah menemui 19 perkara penting berkaitan penulisan didalam buku. 



"Dedahkan 19 perkara penting" - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO

 

Penemuan tersebut disediakan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan bagi menyiasat kandungan buku. Namun, sehingga hari ini kerajaan masih belum mendedahkan apakah 19 perkara penting yang telah ditemui.

 

Adakah siasatan telah menemukan pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz dalam skandal 1MDB sebagaimana yang pernah didakwa Tommy sendiri menerusi satu video?

Kerajaan wajar mendedahkan 19 perkara penting tersebut kerana dikhuatiri ada mempunyai maklumat penting bagi menyelesaikan skandal yang disebut Tommy.

Ketelusan siasatan juga dituntut kerana ia melibatkan kepentingan umum dan rakyat perlu mengetahuinya bagi mengelakkan spekulasi dan salah faham berkaitan penulisan Tommy Thomas.



Tidak menolak kemungkinan penemuan dari penulisan akan membuka minda rakyat dalam memahami isu melibatkan kepentingan umum.

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker