Elly Mazlein Bagi Teaser, Peminat Teruja Kampung People Musim Ke-3

"Kami Kembali La Dikkkk,"

Elly Mazlein Bagi Teaser, Peminat Teruja Kampung People Musim Ke-3

Elly Mazlein Bagi Teaser, Peminat Teruja Kampung People Musim Ke-3

Sejak mula ditayangkan pada 2019, drama komedi Kampung People menjadi fenomena apabila ditonton jutaan peminat drama tempatan.

Bergenre konsep komedi kekeluargaan, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini akan kembali untuk musim ketiga.



Perkara itu dikongsikan pelakon utamanya, Elly Mazlein menerusi laman Instagram miliknya apabila dia memuat naik gambar pelakon utama siri tersebut iaitu Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah beserta beberapa orang krew produksi.

“Kami kembali la dikkkkk… Kg People 3,” tulis Elly ringkas di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen mereka sudah tidak sabar untuk menantikan Kampung People 3 kembali ke kaca televisyen.

“Tak sabar, drama paling aku layan.



“Excited nak tengok.

“Penat gelak la nanti.

“Memang happening lah family ni!

UBI Juara Muzikal Lawak Superstar 3



“Cuba la buat 40 episod… kejap sangat la Kampung People 1 dan 2,” komen sebahagian netizen yang cukup teruja dengan ‘comeback’ tersebut.

Kampung People mengisahkan tentang Razif sekeluarga yang terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung selepas bosnya didakwa atas kesalahan jenayah.

Razif yang merupakan saksi kepada kes tersebut dimasukkan ke Program Perlindungan Saksi dan kesemua ahli keluarganya terpaksa tampil dengan imej serta identiti baharu demi mengelak daripada diburu konco-konco bekas bos Razif.

Selain Elly, drama itu turut dibintangi Hun Haqeem, Razak Ahmad, Datuk Fizz Fairuz, Namron, Haeriyanto Hassan dan Allahyarham Adibah Noor.



Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Elly Mazlein

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



Elly Mazlein Bagi Teaser, Peminat Teruja Kampung People Musim Ke-3


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button