Gol tunggal Szalai kejutkan Jerman

LEIPZIG, Jerman: Jaringan hebat babak pertama penyerang Adam Szalai memberikan Hungary kemenangan 1-0 mengatasi Jerman di Red Bull Arena dekat Leipzig awal pagi tadi.

Kemenangan itu memberikan Hungary kedudukan teratas kumpulan dan pasukan yang masih belum tewas itu hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir menentang Itali bagi memastikan kedudukan teratas.

Jurulatih Hungary dari Itali, Marco Rossi berkata selepas perlawanan: “Adam Szalai berhak menerima semua pujian” atas kemenangan pasukan.

“Kami boleh meletakkan mahkota untuk persembahan kami berdepan Itali. Ia akan menjadi perlawanan istimewa buat saya.”



Bermain perlawanan kedua terakhir sebelum bersara daripada bola sepak antarabangsa, Szalai memberikan gol pendahuluan selepas 17 minit.

Szalai, yang bermain bersama kelab Switzerland, Basel selepas bermain dalam lima pasukan Bundesliga yang berbeza, berjaya mendapatkan sepakan sudut buat Hungary sebelum dia menyudahkan jaringan dengan menggunakan tumit.

Jerman hanya ada satu percubaan pada babak pertama apabila sepakan penyerang Bayern, Thomas Mueller hasil hantaran pemain sayap Leipzig, David Raum terus ke dakapan penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi.

Walaupun Jerman mempamerkan persembahan dominan, Hungary kekal berbahaya menerusi serangan balas pantas dan penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen berjaya menyekat Martin Adam daripada menggandakan kelebihan pelawat pada minit ke-72.



Kekalahan itu adalah yang pertama buat Jerman di bawah kendalian bekas pengurus Bayern, Hansi Flick, yang sebelum ini menang sembilan kali dan seri empat dalam 13 aksi awalnya bersama pasukan.

Selepas perlawanan itu, Flick masih positif walaupun menampilkan keputusan yang buruk.

“Ini langsung tidak menjatuhkan kami – kini kami tahu semuanya. Ini membuka mata kami,” kata Flick kepada media Jerman.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker