Himpunan hanya dihadiri 50 orang, jumlah kehadiran tak bertambah

Himpunan demonstrasi bantah Pilihan Raya Umum (PRU) yang digelar ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ yang diadakan di kompleks beli-belah Sogo petang tadi tidak dihadiri ramai orang dan kehadirannya pun tidak bertambah.

Ia hanya dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada pasukan penganjur iaitu dari parti Muda hadir tetapi tidak kelihatan ia dihadiri oleh orang lain yang lalu-lalang di situ.

Himpunan berkenaan dirancang untuk diadakan pada pukul 4 petang tetapi ia diadakan sedikit lewat kerana pihak Polis sudah pun meletakkan anggotanya untuk berkawal di atas laluan tangga di depan Sogo.

Sebelum bermula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berbincang dengan polis untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang difahamkan tidak dimaklumkan pun kepada pihak polis.



Himpunan berkenaan sama seperti demonstrasi yang diadakan sebelum ini di mana ahli politik berucap dan peserta lain membawa sepanduk atau plakad menunjukkan bantahan mereka.

Antara yang berucap ialah Howard sendiri dan Presiden Parti Ikatan Demokrartik Malaysia (Muda) dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perhimpunan berkenaan mengemukakan dua tuntutan kepada kerajaan yang ada sekarang iaitu menangguhkan dahulu pembubaran Parlimen untuk beri laluan kepada PRU ke-15 kerana musim tengkujuh semakin hampir.

Kemudian, tuntutan kedua ialah mereka menuntut kerajaan supaya membentangkan pelan untuk berdepan kecemasan banjir yang berkemungkinan akan berlaku tidak lama lagi.



Demonstrasi bersurai kira-kira satu jam kemudian.

Mereka turut menjemput seorang lelaki yang dikatakan mangsa banji dari Baling dan dia diberi masa sedikit untuk berucap.

Rata-rata ucapan mengatakan bahawa kerajaan ketika ini kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar kerana kerajaan ketika ini ialah kerajaan campuran dengan adanya pelbagai parti dalam kerajaan termasuk parti yang anti kepada BN.

Pentadbiran negara tidak boleh dijalankan dengan baik jika ada parti dalam kerajaan sering mengkritik satu parti lain dalam gabungan berkenaan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari BN.

PRU15 bukan bertujuan untuk membebaskan pemimpin UMNO tetapi hendak mencari mandat baru bebas dari parti yang membawa masalah dalam gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Ahli politik yang berucap tidak pula mengkritik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini juga mahu pilihan raya diadakan segera.

Untuk rekod, Muhyiddin dulu pernah bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) semasa BN kalah pada PRU ke-14 pada 2018.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker