Sejuta kanak-kanak hilang tempat tinggal akibat perang Sudan – UNICEF

Sejuta kanak-kanak hilang tempat tinggal akibat perang Sudan – UNICEF

Kanak-kanak bermain di jalanan di Khartoum. - Foto AFP
Kanak-kanak bermain di jalanan di Khartoum. – Foto AFP

KHARTOUM: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan konflik di Sudan menyebabkan lebih sejuta kanak-kanak kehilangan tempat tinggal termasuk 270,000 di wilayah Darfur.

Agensi turut memberi amaran lebih ramai lagi akan berada dalam ‘risiko tinggi’.

Pertempuran berlaku di Sudan sejak pertengahan April lalu, di antara ketua tentera Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya Mohamed Hamdan Daglo, yang memerintah Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera.



UNICEF dalam satu kenyataan, berkata selain lebih sejuta sudah kehilangan tempat tinggal, sekurang-kurangnya 330 kanak-kanak terbunuh dan lebih 1,900 lagi cedera.

“Ramai lagi berisiko tinggi. Masa depan Sudan terancam dan kami tidak boleh menerima kehilangan dan penderitaan anak-anak yang berterusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




“Kanak-kanak terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak henti-henti, menanggung beban paling berat daripada krisis ganas – terperangkap dalam pertempuran, cedera, didera, dipindahkan dan terdedah kepada penyakit dan kekurangan zat makanan,” kata Mandeep O’Brien, wakil UNICEF di Sudan.

UNICEF berkata, dianggarkan 13 juta kanak-kanak ‘sangat memerlukan’ bantuan kemanusiaan.

Agensi PBB itu berkata, mereka bersedia untuk membantu tetapi turut menggesa ‘akses selamat, tidak terhad dan keselamatan terjamin ke semua kawasan yang mana kanak-kanak sangat memerlukan’.

Mereka berkata, situasi di Darfur, yang mana 270,000 kanak-kanak didakwa hilang tempat tinggal akibat pertempuran juga amat membimbangkan.



“Keadaan di Darfur Barat dan Tengah khususnya, berlaku pertempuran aktif, ketidakamanan yang teruk dan rampasan bekalan dan kemudahan kemanusiaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


“Kekurangan air selamat juga menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi, cirit-birit, dan kekurangan zat makanan,” kata UNICEF.



Selama beberapa minggu, pekerja bantuan turut mengeluarkan amaran kepada ekonomi dan sistem penjagaan kesihatan Sudan yang berisiko runtuh.

Menurut kesatuan doktor Sudan, tiga perempat daripada hospital di zon pertempuran tidak lagi beroperasi.

Keadaan itu dijangka bertambah buruk dengan musim hujan yang semakin hampir mengancam, yang menjadikan sebahagian negara tidak dapat diakses dan meningkatkan risiko malaria, taun dan penyakit bawaan air.

Menurut Armed Conflict Location and Event Data Project, keganasan yang berterusan di Sudan sudah meragut lebih 2,000 nyawa.



Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi pula berkata, pertempuran itu juga mendorong seramai 2.2 juta orang meninggalkan rumah mereka, termasuk 528,000 yang sudah melarikan diri ke negara jiran. – AFP

Sejuta kanak-kanak hilang tempat tinggal akibat perang Sudan – UNICEF


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button