OZLYNN KONGSI WAJAH ANAK BONGSU, CHERDIQ

OZLYNN KONGSI WAJAH ANAK BONGSU, CHERDIQ

Selepas selamat bersalin pada 3 September lalu, pelakon Ozlynn akhirnya telah mendedahkan wajah anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania yang kini berusia dua bulan, menerusi laman Instagram.

“Assalammualaikum.. nama sya Cherdiq, hari ni (semalam) saya berumur 2 bulan 6 hari.. Saya dah mula pandai isap jari masa usia sebulan.. Mama kena potong kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka..

“Ye rambut saya lebat kening saya kaler brown.. Mama panggil saya shinchan.. Saya tak suka tapi kena buat-buat suka sebab nak mama happy.. Saya suka tido atas dada papa.. Mungkin sebab papa ada contract dengan tilam Vono.. Sebab empuk sangat dada and perut papa..

“Saya dah pandai berbual.. Susu tek fav saya.. Tapi kalau mama penat papa suap tek papa.. Eh bukan! Bukan! Bukan! Papa suap botol bagi susu tek mama.. Haaa baru betul..

“Hurmmm ok la saya nak sembang tek.. Babai sume.. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya ok..,” tulis Ozlynn sebagai kapsyen.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji wajah comel Cherdiq selain mengatakan anak bongsu Ozlynn ini seiras abangnya, Sodiq.

Untuk makluman, Ozlynn dan suaminya yang merupakan seorang pelawak, Johan Raja Lawak telah mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata bernama Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

OZLYNN KONGSI WAJAH ANAK BONGSU, CHERDIQ



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker