Kumpulan Senario Buat Kemunculan – Tema Menarik

Ini Yang Terjadi Dalam Awesome Raja Lawak Minggu Ketiga

Kumpulan Senario Buat Kemunculan - Tema Menarik

Kumpulan Senario Buat Kemunculan – Tema Menarik

Tema ‘Muzikal’ yang diketengahkan dalam minggu ketiga ini kerana ia menambah ‘warna’ pada persembahan. Curahan kreativiti para peserta bukan saja dilihat dari aspek lakonan semata-mata, malah disulami elemen muzik.

Tema Mingguan Setara

Menurut Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, setiap tema mingguan yang ditampilkan adalah setara dari segi kesukaran.



Kumpulan Senario Buat Kemunculan - Tema Menarik
Datin Ezzan

Selain itu, Datin Ezzan juga amat berbesar hati dengan kemunculan kumpulan pelawak kesayangan ramai Senario dalam program minggu ketiga itu.

“Walaupun ada juri yang berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk meletakkan tema muzikal di minggu ketiga, namun melihat daripada perspektif ‘content creator’ kami berpendapat setiap tema mingguan yang dipertaruhkan adalah setara jika diukur daripada segi tahap kesukaran. Jadi, para peserta harus sentiasa bersedia untuk sahut cabaran yang diberi dan anggap ini sebagai permulaan untuk bergelar anak seni yang versatil. Namun begitu, kami menghormati dan sambut baik pandangan yang diberikan untuk proses penambahbaikan di masa hadapan.

“Dalam pada itu, kami juga amat berbesar hati dengan kemunculan istimewa penghibur legenda kesayangan ramai iaitu Kumpulan Senario di pentas ‘Awesome Raja Lawak’ pada minggu Muzikal yang pastinya berjaya mengubat kerinduan para peminat yang telah lama tidak menyaksikan teletah mereka di atas pentas. Strategi meletakkan mereka sebagai kejutan ternyata tepat kerana sepanjang tayangan tiga buah episod setakat ini berjaya merekodkan jumlah tontonan terkumpul sebanyak 5 juta,” katanya.

Manja Juara Mingguan

Rezeki memihak kepada Manja apabila meraih tempat pertama manakala Kanmani dan Kacau pula mungkin menemui tuah di tempat lain apabila tersingkir pada malam itu.



“Alhamdulillah, kami dapat ketentuan yang bagus. Tak dinafikan memang bergelut juga memikirkan konten hingga kami berdua bergaduh kadang-kadang,” kata peserta duo Manja.

IKLAN

Sementara kumpulan Kacau yang tersingkir pula tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya akui kesilapan diri sendiri.

“Kita tak dapat momentum dan ilham, ilham itu daripada Allah. Kami sudah cuba yang terbaik, bukan salah tema atau sesiapa tapi kami salahkan diri kami sendiri,” kata kumpulan Kacau.

Bagi Kanmani pula, dia akan membawa serta mengamalkan ilmu yang diperolehi sepanjang penglibatannya di Awesome Raja Lawak di luar kelak.



“Bukan tak menjadi, jadi, sebab komen pun positif, cuma tak sampai. Tak mengapalah, tengok saya dekat luar lagi best. Saya datang ke sini untuk menuntut ilmu, dan ilmu yang saya dapat ini akan diamalkan di luar sana,” katanya.

Berikut adalah senarai markah penuh bagi setiap peserta Awesome Raja Lawak bagi minggu ketiga:

1. Manja 73%
2. Hanif 73%
3. Soda 72%
4. Beduk 59%
5. Sesah 58%
6. Mabo 57%
7. Sedare 53%
8. Pelan 51%
9. Se’eh 50%
10. Semmat 50%
11. Azhar 47%
12. Kanmani 46%
13. Kacau 46 %

 



Gelongsor Taman Tema Tercabut 16 Cedera Parah

Kumpulan Senario Buat Kemunculan – Tema Menarik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button