Lelaki maut, motosikal tercampak dalam lubang



Petaling Jaya: Penunggang motosikal maut apabila motosikal dinaiki terbabas sebelum tercampak dalam lubang di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di selekoh susur ke Saujana Resort, di sini kira-kira jam 3.10 petang.

“Mangsa menunggang di selekoh susur kiri terbabas dan terlanggar batu penghadang di tepi jalan dan terjatuh ke dalam lubang di tepi jalan yang juga laluan motosikal bahagian bawah yang tidak digunakan.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Fakhrudin berkata, siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kemalangan.

“Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820 bagi membantu siasatan,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker