Mia Ahmad Diuji Kena Denggi Bila Sedang Hamil Anak Ketiga

Mia Ahmad Diuji Kena Denggi Bila Sedang Hamil Anak Ketiga

Pelakon Mia Ahmad berkongsi momen dirinya yang terpaksa ditahan ke wad selepas diserang Denggi, baru-baru ini.

Mia turut menambah, ujian kehamilannya kali ini bukanlah sesuatu yang mudah selain menyifatkan ujian kesihatan menjadi sesuatu yang cukup besar bagi dirinya.

“Pregnancy journey kali ni tak mudah. First trimester hari tu memang not easy for me. Morning sickness teruk, tak lalu makan. Tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah.

“Diuji pula kena warded disebabkan denggi. Betullah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama. Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain.

“Sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.

“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah. Nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je,” luahnya.

Pelakon Jejak Karmila ini berkongsia perkara berkenaan menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.

Mia bagaimanapun kini mendedahkan dirinya kini stabil dan selera makannya sudah kembali semula.

“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap, hebat betul! Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya.

“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya. Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula, nak makan tapi kena sekat,” tulis Mia yang kini usia kehamilannya sudah memasuki minggu ke-22.

Sekadar informasi, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Mia Sara dikritik ramai

Mia Ahmad Diuji Kena Denggi Bila Sedang Hamil Anak Ketiga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker