Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama

Oleh Adam Malik.

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama.

Ramai juga terkejut dengan pendirian yang dIiambil oleh kepimpinan Parti PAS terhadap isu kalimah Allah yang tertera pada stokin.

Jika sebelum ini PAS dilihat menjadi juara dalam hal Islam dan menggelar diri parti Islam, rupa rupanya tidak seperti yang diandaikan.

Jika PAS selama ini konon mahu jadi juara kemuafakatan Islam dan Melayu, pun tidak juga.

Apabila ada peluang untuk berpakat dalam isu Islam, seperti munculnya isu stokin dan KK Mart PAS pilih untuk mengasingkan diri.

Dalam isu stokin, tiada laungan keras atau jeritan jihad, seperti lain lain isu yang PAS pernah juarai.

Tiada guling guling atas jalanraya atau demonstrasi berapi api depan KKMart atau demonstrasi walau yang dihina adalah nama tuhan.

Jelas sekali pendirian yang PAS pilih adalah pendirian berpaksi politik dan bukan berpaksi agama Islam.

Semenjak dulu pun PAS berpendirian begitu, cuma orang Islam tik berpa sedar .

Kali ini, semenjak bertuankan Mahathir dan Muhyiddin serta satu saf bersama Parti GERAKAN, PAS terpaksa “adjust” pendirian ikut kerperluan politik dan “Political master” nya.

Agama Islam sekadar alat sahaja, tanpa guna jenama Islam, tiada apa pun PAS dapat pamirkan kepada umat Islam selain pengganguran dan air kotor serta ceramah ceramah retorik.

Sepatutnya PAS ambil peluang buktikan kejujuran mahu Muafakat Nasional dengan buang ego dan sokong tindakan UMNO dalam isu stokin dan teguh bersama.

Tetapi tidak, politik kepartian adalah keutamaan PAS.

Apa yang bagus untuk Islam tidak semesti bagus untuk PAS, kerana Islam adalah agama berbillion umat seluruh dunia dan PAS sekadar sebuah parti yang inginkan kerusi dan jawatan bergaji besar.

Kini terserlah, seolah olah mendapat arahan dari pihak tertentu, PAS terpaksa ambil pendirian tidak selari bersama umat Islam yang lain dan pilih bersama pendirian sekutunya didalam Perikatan Nasional.

 

 

 

1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker